Saturday 25 February 2012

Mana pergi nya anak KL

Sebelum korang baca artikel nie aku nak korang baca dulu artikel dari Ninth-Mania nie... http://ninthmania.blogspot.com/2012/02/cityboys.html.

Bukan kami merungut untuk memperjuangkan bola sepak di sekitar Kuala Lumpur. Tapi kami sedih kerana ada yang masih ketandusan Jiwa untuk menyokong liga tempatan. Satu pasukan yang telah jatuh memerlukan penyokong yang kuat untuk membangkitkan semangat. Percaya atau tidak semangat pemain juga bergantung kepada jumlah penonton yang menyokong. Anda semua kenal pada pasukan BESIKTAS dari Turkey? Yer, pasukan yang menjungkil bakat Ricardo Quaresma. Anda semua kenal pada pasukan Kuala Lumpur dari Malaysia? Yer yang juga pencungkil bakat Safee Salie yang sekarang bermain di Pelita Jaya, Indonesia.

Bukan pemain dan pasukan yang hendak aku ketengahkan. tapi PENYOKONG, perbezaan yang amat ketara.

                                                                   Penyokong Besiktas

Kemana pergi nya anak KL yang lain? Pavilion? Bukit Bintang? Lowyat? Apa aktiviti hujung minggu mereka?

Tidak di nafikan bola sepak di Kuala Lumpur banyak persaingan nya untuk menarik minat anak muda. Bolasepak Kuala Lumpur bersaing dengan anak muda yang merempit, bersaing juga dengan pusat karaoke, bersaing juga dengan pusat membeli belah. Tapi itu semua bukan alasan untuk tidak menyokong pasukan Kuala Lumpur. Aku tidak mahu fokus pada mereka yang minat BPL, itu hak mereka. Bersorak sehingga maki kawan-kawan yang menyokong team BPL lain di kedai mamak. Terpikir juga ada baik nya mereka bergaduh untuk liga tempatan yang masih perlukan suara lantang di kedai mamak.

Tepuk dada tanya selera..

Bukan rungutan tapi luahan..






***KO

Tuesday 14 February 2012

Nasib yang menimpa pencinta sukan di KUALA LUMPUR

Velodrome Cheras KL

Ketika Kejohanan ACC2012 sedang berlangsung pada awal bulan februari 2012, pelbagai rungutan kemudahan yang kurang memuaskan serta peralatan di velodrome itu sudah ketinggalan zaman. Tetapi jika pihak atasan mengambil pendekatan utk menyelenggara tak mungkin velodrome itu akan jd serupa itukan?Dalam kita mendengar rungutan-rungutan itu rakyat KL pula dikejutkan dengan berita yg velodrome yang berusia 24tahun ini bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan kerana nilai tanah disitu mempunyai nilai yang amat tinggi. Jika diroboh apakah kemudahan yang tinggal untuk kegunaan pada masa akan datang? adakah kami yang tinggal di KL perlu pergi ke LABU seperti yang dirancang oleh Kementerian Belia dan Sukan? tidakkah ianya membebankan? mungkin tapak velodrome ini akan menerima nasib yg sama seperti yang berada berhadapan diantara velodrome dengan sekolah menengah cheras yang satu ketika dahulu adalah tapak hutan simpan tapi kini telah dinaikkan Kondominium Mewah disitu dan mungkinkah tapak peniaga downtown cheras akan terancam?ok kita renungkan nasib yang bakal menimpa.


Stadium KLFA Cheras

Sementara itu, ini pula nasib yang terpaksa ditanggung oleh pencinta bolasepak KUALA LUMPUR. Gambar diatas merujuk ketika perlawanan persahabatan diantara KUALA LUMPUR menentang kelab dari Brazil iaitu Joga Limpo. Cuba anda semua perhati betul-betul keadaan padang tersebut, adakah layak stadium yang berada di Kuala Lumpur yang terkenal dimata dunia berkeadaan seperti itu? untuk pengetahuan semua rumput dipadang tersebut telah mula rosak akibat dijangkiti "Fungus" yang telah merosakkan keseluruhan padang tersebut sejak bulan Ogos 2011, tetapi apa yang dikesalkan sehingga bulan Februari 2012 tiada sebarang kerja-kerja baikpulih pada padang tersebut. Diatas kecuaian pihak DBKL yang gagal mempersiapkan sehingga kini maka para penyokong bolasepak KUALA LUMPUR terpaksa bertandang di Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai lokasi tuan rumah bagi KL. Jika dikirakan segala kos perbelanjaan kesana ditampung dengan duit poket sendiri jadi bagaimana para penyokong KL nak mengharungi boleh dikatakan 2kali seminggu. Tidakkah ini menyusahkan rakyat?

Apa yang cuba kami tekankan disini adalah sikap individu-individu berkuasa yang memandang perkara ini sebagai perkara remeh. Kemanakah perginya tanggungjawab MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN dan KESEJAHTERAAN BANDAR serta DATUK BANDAR KUALA LUMPUR dalam menyelesaikan perkara ini. Pernah diantara kami yang mengadu tentang perkara ini kepada Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Raja Nong Chik melalui facebook beliau tetapi apa yang dikesalkan tiada sebarang reaksi mahupun ulasan lanjut diberikan dan apabila artikel demi artikel diberikan ada 1 yang kami kesalkan tindakan beliau yang telah "blockuser" diantara salah seorang dari kami yang bertujuan untuk mendapatkan respon dari beliau. Persoalannya disini, beginikah sikap seorang menteri yang dianggap profesional? anda nilai sendiri. Jika beliau tidak jiwa dalam sukan baiklah beliau berundur dari menjadi seorang menteri wilayah. Sila belajar dari TAN SRI ELYAS OMAR yang menjadikan sukan sebagai perjuangan beliau ketika memegang jawatan Datuk Bandar. 

Harapan kami sekarang adalah kepada pemimpin no1 Malaysia iaitu DS Najib Razak supaya memandang perkara ini sebagai satu perkara yang amat serius dan perlu diatasi dengan seberapa segera. Jika dilihat luar negara setiap pasukan ibu negara mereka adalah salah satu pasukan yang terbaik didalam liga. DS NAJIB juga pernah berkata "Hanya sukan yang dapat menyatukan rakyat" Tetapi jika perkara asas ini tak dapat diatasi ianya adalah amat memalukan nama KUALA LUMPUR dimata DUNIA. 

"SAVE KLFA"
"Support Our Local Football"

Monday 13 February 2012

KUALA LUMPUR 0-2 JOHOR FC

Keputusan yang tidak mahu didengar oleh semua penyokong. Pasukan kesayangan KALAH. Tapi untuk kami di KUALA LUMPUR ULTRAS kalah menang bukan ukuran untuk perjuangan kami. Kami akan memberi yang terbaik selagi mampu. Kami bangga menyarung jersi tempatan dan kami bangga laungkan cintakan Kuala Lumpur. Kami bangga menjadi anak Kuala Lumpur. Bukan mudah untuk individu yang berfikiran eropah untuk menerima kekalahan, tetapi tidak bagi anak KL yang sentiasa ada di belakang pasukan walaupun kalah dan di dasar liga. Perkembangan yang makin sihat kami dapat capai di sini menambahkan bilangan komrads yang ada JIWA. Walaupun jauh 'HOME' kami. Kami tetap turun untuk memberi sokongan. Walaupun keputusan kalah yang di kecapi tetapi ia nya tidak langsung meluntukan semangat kami. KUALA LUMPUR 0-2 JOHOR FC. Dengan semangat yang kami ada kami berharap pemain KUALA LUMPUR tidak berputus asa. Kami akan cuba serapkan segala semangat yang kami ada untuk mereka terus berjuang. 

Gambar semasa Kuala Lumpur VS Johor FC

Thursday 9 February 2012

Oh Bangkit lah!!!

KUALA LUMPUR VS JOHOR FC Semua anak jati Kuala Lumpur di alu-alukan datang ke Stadium Hang Jebat pada 11/02/2012 untuk memberi sokongan pada pasukan KUALA LUMPUR. Walaupun Kuala Lumpur berada di dasar liga tetapi sokongan Kuala Lumpur Ultras tidak penah luntur walaupun sedikit. Kami akan sentiasa memberi sokongan dari semua segi aspek yang kami mampu. Walaupun 'HOME' kami di Stadium Hang Jebat MELAKA tetapi Kuala Lumpur Ultras tetap akan pergi menyokong. Wang ringgit bukan segalanya. Yang penting JIWA dan SEMANGAT yang ada pada setiap komrads yang mahu melihat pasukan KUALA LUMPUR terus berjuang. 






Wednesday 8 February 2012

Apabila KLU Melanggar Singapura

Kuala Lumpur VS Singapura at  STDM JALAN BESAR, SINGAPURA pada 17hb Januari 2012.
Komrads yang hadir di Singapura seramai 7 orang tetapi telah mendiamkan 7000 fans Singapura, ini dibuktikan sendiri oleh polis singapura yang ada di stadium. "Chill" comment dia kat facebook ni kejap


Ini antara bukti Kuala Lumpur Ultras telah sampai ke Singapura



Tuesday 7 February 2012