Saturday 28 April 2012

Memo to Mr President.

  • FAM bangsat! Kami datang FAM bangsat! Kami turun ke Melawati! Satu jiwa sokong Malaysia, FAM bangsat dibunuh saja.
  • Presiden FAM sila letak jawatan. Presiden FAM sila letak jawatan. Letakkan! Jawatan! Dan Rombak FAM!
  • Letakkan Saja Jawatanmu. Letakkan Saja Jawatanmu. Kami semua sudah berbulu. Apa lagi yg engkau tunggu?
Itu adalah bait2 lagu yang menjadi tanda tanya dan buah mulut "peminat" sukan bola sepak Malaysia. Why? Kenapa nak maki FAM begitu sekali? Kenapa perlu begitu kesat kata2 yg dilontarkan terhadap sebuah badan yg telah berjaya membawa masuk Manchester United, Chelsea, Liverpool dan juga Arsenal? Bukankah itu menunjukkan bahawa FAM begitu mengambil berat tentang peminat2 yg inginkan hiburan yg LEBIH dalam kancah bola sepak Malaysia.

"They shouldnt do the ''FAM Bangsat'' taunting because its totally disgrace for Malaysian football" - anonymous A

"I don't support the way Ultras Malaya convey the message, but FAM Bangsat is a truly rocking song!" - anonymous B

"The FAM Bangsat chanting are very entertaining. Wonder what wrong did FAM do to deserve such abuse." - anonymous C

picture credit to : @rizalhanaz


AND THIS IS WHY...


  1. Liga Malaysia Liga Gred D
    • Selama 28 tahun, dari liga amatur kita ke liga semi-pro pada tahun 1989 kemudian ke liga profesional pada tahun 1993, namun hasilnya liga kita hanya dalam kategori gred D. Manakala Liga-J (Jepun) yang datang berguru dengan kita telah menjadi Liga GRED A hari ini.
    • Kesannya, pasukan dari Liga-M tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) mahupun untuk perlawanan playoffs. 
  2. Ranking
    • Badan induk yg mentadbir bolasepak negara menyatakan melalui Setiuasaha Agungnya bahawa ranking itu TIDAK PENTING, jadi apa yang penting?
    • FIFA Calendar dikeluarkan 4 tahun sekali di mana segala tarikh kejohanan, persahabatan, acara undian, mesyuarat dan sebagainya ditetapkan tarikhnya 4 tahun lebih awal dan dimaklumkan kepada semua negara-negara yg berdaftar di bawah FIFA. 
    • Semua negara sudah boleh menyusun jadual untuk liga tempatan dan perlawanan antarabangsa bagi skuad kebangsaan 4 tahun lebih awal dari tarikh sebenar supaya tidak bertembung. Jadi timbul persoalan, mengapa FAM tidak boleh mendapatkan perlawanan kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan jadual telah pun dikeluarkan 4 tahun lebih awal?
    • Alasan FAM selama ini bahawa tiada pasukan yang ingin berlawan dgn Malaysia betul dan mereka tidak menipu, tetapi KENAPA? Walaupun surat rasmi telah dihantar oleh FAM adalah kerana negara lain telah memenuhi jadual persahabatan mereka 4 tahun lebih awal. manakala FAM hanya menghantar surat jemputan 3-4 bulan sebelum tarikh perlawanan, jadi mana mungkin mereka menerima kerana mereka sudah mempunyai perlawanan dgn pasukan lain. Jadi FAM memang tidak berbohong tapi FAM tidak buat kerja dengan efisyen.
  3. Pengurusan yang tidak efisyen
    • Fakta daru www.fifa.com/associations telah menunjukkan bahawa hanya di Malaysia terdapat lebih ramai pegawai berdaftar (11,810 orang) dari pemain berdaftar (9,930 orang)
    • Apa rasional dan perlunya ramai pegawai dari pemain? Sedangkan negara paling corot ditangga 205 pun tidak memerlukan pegaway yg ramai dari pemain untuk memastikan mereka duduk dan kekal ditangga tercorot.
    • Japanese Football Association hanya memerlukan 45 STAF SAHAJA untuk menjalan dan mentadbir bolasepak di Jepun. Jepun hanya liga gred A, mereka layak ke Piala Dunia dan menduduki tangga ke 30 dunia, pasukan wanita mereka menjulang Piala Dunia.
    • Di Kelana Jaya, FAM punya 78 staf untuk mentadbir dan menjalankan bolasepak di Malaysia. Liga gred D pun dah huru-hara nak anjur, tak pernah layak ke Piala Asia aptah lagi Piala Dunia dan duduk di tangga ke 156, pasukan wanita pula... ADA KE PASUKAN WANITA?
  4. 28 tahun dalam kegelapan
    • Jika nak bercerita tntg bola Malaysia, FAM, FA Negeri, Pengurusan, Jurulatih, Taktikal, Pemain, Penyokong... rasanya satu buku 5000 helai mukasurat pun x mencukupi. Cukuplah sekadar mukadimah dulu sebab mengapa PRESIDEN FAM PERLU LETAK JAWATAN.
    • Selama 28 tahun dibawah pemerintahan presiden yg ada sekarang seramai 17 jurulatih telah ditukar ganti atas alasan gagal membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan, Setiausaha Agung FAM telah bertukar 4 kali, timbalan dan naib presiden juga sudah bertukar ganti, begitu juga rumput di padang, cat di bangunan Wisma FAM, staf-staf di Wisma FAM semua sudah ditukar ganti namun prestasi bolasepak Malaysia masih ditahap yg sama malah merudum dan tiada kemajuan. Jadi apa lagi yg perlu ditukar? Jika dikaji HANYA satu saja yg belum ditukar sejak 28 tahun yg lalu iaitu PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia.
     
Berapa lama lagi harus kita menanti? Kita hanya inginkan perubahan yg keseluruhan dlm FAM, dari presiden hingga ke bawah dan hala tuju yg baru dalam memajukan bolasepak Malaysia. Hanya satu saja yg belum kita cuba selama 28 tahun iaitu MENUKAR PRESIDEN yg memimpin FAM. Kalau tidak cuba tidak cuba tidak tahu kerana semuanya telah dilakukan. Apa kata anda?

*post ini dicopy paste serta disunting sedikit daripada artikel yg asal.
*untuk maklumat lebih lanjut, taip dan like 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan" di Facebook anda.

Sekian. #SampaiMatiKualaLumpur. #PresidenFAMSilaLetakJawatan. -AH-

Another Star is Born

Azman Adnan --> Safee Sali --> What Next???

AHMAD HAZWAN BAKRI!!!

Super Sub! Enter the field during 71 minutes (replacing Safee Sali). ONE MINUTE LATER A GOALLLLLL!!!

"Saya yakin beliau mampu menjaringkan hat-trick malam ni" - Razip Ismail (KL Coach)

First International Debut. A HAT-TRICK HERO! enuff said. Well done Jack!

AND

New Malaysia Record for the Youngest Player that ever score HAT-TRICK in first international appearance.
(20 years 10 month 11 day)


AHMAD Hazwan (kanan)  meledak empat gol sepanjang tiga aksi persahabatan di Sydney, Australia.
Photo Credit to : Berita Harian Online

Full Time at Stadium Shah Alam.
Malaysia 6 - 0 Sri Lanka
Wan Zack Haikal (25, 26)
AHMAD HAZWAN BAKRI (72, 82, 90)
Azamudin (85)

#SampaiMatiKualaLumpur
#SelamanyaHarimauMalaya
#PresidenFAMSilaLetakJawatan

-AH-


Wednesday 25 April 2012

Jangan Ambil Padang Kami

 
credit to:PADANG KAMI

Ini bukanlah review tentang cerita yg sedang hangat ditonton di Astro 104 tapi ini adalah cerita tentang kekecewaan kami berkenaan pembangunan bola sepak Malaysia yg kian TENAT.

Terengganu - Prestasi kian hambar
Kelantan - Isu TSAM dan Pembuangan 5 mata
Melaka - pelancongan digiatkan, bola sepak diabaikan

Hebatnya bola sepak Malaysia ini adalah kerana kalau kita lihat di dada2 akhbar, kita adalah SATU! Apa yang satunya? SATU MUKA SURAT SAHAJA COVERAGE UNTUK SCENE BOLA SEPAK DI NEGARA KITA. tidak seperti liga negara2 lain mereka mempunyai 4 hingga 5 mukasurat untuk journalist menulis tentang apa yg berlaku di EPL, Seria A, mahupun Bundesliga. Hebat bukan bola sepak Malaysia? Journalist perlukan 5 muka surat untuk menceritakan tntg apa yg berlaku di Liga luar negara tetapi hanya perlukan SATU sahaja muka surat untuk menuliskan keputusan penuh dan review PENDEK tentang perlawanan. (kerana mereka yakin pembaca akhbar semuanya tahu apa yang berlaku)

Ramai juga yang tahu bahawa betapa kecut lutut ultras manchester united yg sedang terumbang ambing mempertahankan kehebatan mereka yang diancam oleh ultras ABU (All but United) sebagaimana kepimpinan FAM sedang mempertahankan kerusi masing2 di Kelana Jaya. Sehinggakan anak kecil pun tahu bahawa 5 itu lebih besar nilainya berbanding 19. Tetapi adakah anak kecil itu tahu apa yang sebenarnya terjadi dgn scene bola sepak tempatannya? Jika tidak si anak bagaimana pula dgn si bapak? adakah mereka tahu tentang apa yg benar2 berlaku dalam industri bola sepak Malaysia? bila ditanyakan tentang bola sepak negara ramai yg boleh memberi komen itu ini tetapi bila diajukan soalan berkenaan dgn bola sepak negeri, SATU peratus rakyat malaysia atau kurg drpd itu sahaja yg boleh jawab.Hebat bukan bola sepak Malaysia? Aish no SATU lagi.

Bagi pasukan kesayangan kami pula, Skuad Warga Kota menghadapi tekanan demi tekanan. Belum sempat habis lagi isu pembayaran gaji pemain, datang pula isu Stadium Cheras yg tidak sudah2 under construction oleh DBKL yg menyebabkan Pasukan Bola Sepak Kuala Lumpur terpaksa menumpang kaki di negeri orang, menjadikan Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai HOME VENUE mereka.

Sedih bukan? punya pesat pembangunan kota metropolitan Kuala Lumpur, punya ajaib kemajuan serta kepesatan teknologi Kuala Lumpur tetapi hakikiatnya Stadium Cheras? Tetap begitu sahaja. Pernah dinobatkan sebagai antara Stadium Terbaik didunia pada era 80an dan 90an. Pernah juga menjadi tempat Ultras Nippon bertandang menunjukkan semangat kamikaze mereka semasa perlawanan antara Jepun dan KL. Sekarang? Realitinya semuanya jadi kenangan yg berkubur bersama kemenangan 3 tahun berturut2 Kuala Lumpur dalam Piala Malaysia (87, 88, 89).

Baru2 ini kami dikejutkan pula dgn khabar berita yg mengatakan bahawa DBKL sanggup menggadaikan Stadium Cheras untuk dijadikan tempat berhimpun. Bukan kali ini sahaja tetapi telah banyak kali jugak Stadium Cheras telah dijadikan perjudian untuk kepentingan pihak2 tertentu. Padang rumput nan menghijau dirobek berkali2, dipijak dan terus dipijak oleh masyarakat yg tidak tahu akan agenda yg telah terjadi dalam perjudian pihak2 tersebut. Kalau diikutkan berapa kali sgtlah padang Stadium Cheras itu diselenggarakan dalam setahun. Akibatnya, disebabkan sikap acuh tak acuh dalam kepimpinan maka diwar2kan bahawa Stadium Cheras bakal digantikan dengan padang sintetik (artificial field) dimana padang tersebut juga digunakan oleh Singapura (Stadium Besar) yg dihentam teruk oleh lagenda Brazil, Zico. Alasan mereka mudah, kos penyelenggaraan murah. Sungguh memalukan bila bertapak di suatu tempat pembangunan negara yg pesat tetapi tidak mampu membayar kos penyelenggaraan padang yg hanya 120meter x 100 meter itu. Lagi sekali Kuala Lumpur yg tampak gah dipersada pembangunan kota raya, sebenarnya sedang dimalukan dalam arena bola sepak.

Kekecewaan demi kekecewaan dialami oleh skuad warga kota, bukan sekadar kecewa dengan prestasi pasukan malah kecewa dengan sifat pihak2 tertentu yg menganak tirikan Kuala Lumpur FA untuk kepentingan masing2 yg menyebabkan tamparan hebat terhadap pasukan yg melahirkan beberapa bintang seperti Azman Adnan, Azrul Amri Burhan, Safee Sali (Pelita Jaya), Azidan Sarudin (Selangor) dan Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda)

Adakah itu semua ketahuan oleh rakyat tempatan? Adakah itu semua diambil tahu oleh menteri2? TIDAK.

Mungkinkah KLFA perlukan permohonan rombakan seperti mana UM memohon FAM dirombak? Fikir rasional bukan emosional.

Sekian. Sampai Mati Kuala Lumpur. Presiden FAM Sila Letak Jawatan. -AH-