Tuesday 5 June 2012

KLFA berkubur?





Kebanyakan peminat bola sepak Malaysia dah tahu mengenai keadaan nie. Situasi tahun lepas berulang di sebab kan tiada syarikat  yang mahu memberi penajaan pada KLFA. Mungkin kerana pihak atasan    yang memegang tampuk pemerintahan di Kuala Lumpur sibuk untuk melobi undian bagi memastikan kemenangan dalam PRU . Itu la hakikat yang perlu ditangani segera. Bola Sepak Malaysia sudah mencapai tahap profesional tapi pemikiran kelompok atasan masih memikirkan untuk diri sendiri bagi memenuhkan poket masing-masing,

Bukan mudah untuk menghasilkan satu pemain yang terbaik untuk Malaysia. Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dalam mencungkil bakat para pemain yang sekarang mempunyai nama di mata dunia. Tapi sayang hanya sia-sia kerana ada kelompok atasan yang masih memandang remeh tentang hal sebegini. Mereka cuma mahu mengaut keuntungan tanpa memberi fokus pada sukan di bandaraya yang menjadi segitiga emas bagi Malaysia.


Dimana janji-janji menteri wilayah mengenai stadium yang konon nya akan dibaiki pada awal tahun dan siap di penghujung bulan JUN. Sampai sekarang tiada apa-apa 'progress' dilakukan. Mungkin sebab menteri wilayah sendiri malu nak sokong pasukan Kuala Lumpur yang berada di dasar liga. Kami cuma mengharapkan pihak atasan dapat memperbaiki stadium dan memberi sedikit fokus pada pasukan Bola Sepak Kuala Lumpur.



Kami tidak mengharapkan Kuala Lumpur akan jadi juara liga dan sebagainya. Yang kami harapkan Pasukan bola sepak Kuala Lumpur masih ada. Tidak kira berada di dalam liga mana sekalipun. Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan menarik diri dari LIGA musim hadapan, tetapi disebabkan masalah kewangan yang menimpa dan tiada pula di sokong oleh mana-mana individu yang berpangkat besar kemungkinan bola sepak Kuala Lumpur yang penah memenangi Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut akan lenyap dalam kalendar bola sepak Malaysia.

Teringat pula kisah tahun akhir 80an dimana Kuala Lumpur merupakan pasukan yang paling digeruni. Pada siapa kita mahu salahkan masalah ini. Adakah para pemain, adakah pengurusan badan bola sepak Kuala Lumpur, adakah datuk bandar, adakah menteri wilayah. ? Bukan minta para pemain import yang hebat. Kami cuma minta pasukan Kuala Lumpur tidak BERKUBUR dengan nama. Jika ada diantara peminat bola sepak di Malaysia kata tiada lagi penyokong bagi pasukan Kuala Lumpur, anda silap. Kami masih berada teguh di belakang KLFA. Biar la Kuala Lumpur bermain di liga perdana sekalipun. Kami tetap akan memberi sokongan .



Monday 4 June 2012

Perlawanan Persahabatan : Kuala Lumpur vs Johor

Semalam baru sahaja skuad Kuala Lumpur mengadakan satu perlawanan persahabatan bagi menguji tahap kecergasan dan taktikal para pemain.

Keputusan yang ditunggu-tunggu selama ini muncul apabila Kuala Lumpur memenangi perlawanan persahabatan tersebut, dengan jumlah jaringan 1 berbalas kosong.

Gol kemenangan telah dijaringkan oleh SIVA.

Kami berharap pasukan Kuala Lumpur akan terus maju..Walau jatuh walau bangun. Kuala Lumpur Ultras akan sentiasa berada di belakang pasukan Kuala Lumpur.