Friday 17 May 2013

Ramalanku Benar Belaka?

Ramai orang mengemukakan persepsi masing - masing berkenaan dengan gambar sebelah ini. 

Gambar ini diambil ketika perlawanan di antara Kuala Lumpur menentang Sime Darby di Stadium Cheras petang semalam di mana kesudahan keputusan berpihak kepada Sime Darby yang menjaringkan 5 gol tanpa bolos.

Yang menjadi persoalan ialah bagaimana kami boleh tahu 5 gol bakal dijaringkan?

Kredit gambar kepada: Dunia Sukan Online

Antara feedback melalui social media yang kami dapat melalui game tersebut ialah :-


Ini bukan kami yang cakap, ini baru sahaja segelintir pandangan yang diberikan oleh pemerhati - pemerhati dari luar. Ada juga pandangan2 hebat yang dilontarkan, tapi apakan daya, ianya hanya mampu membuat kami tersenyum sinis. Sebab apa? Sebab mereka memberi pandangan seolah - olah mereka sudah lama memerhatikan keseluruhan Liga Malaysia, tetapi mereka silap kerana Liga Malaysia bukan hanya tertakluk pada Liga Super sahaja, malah terdapat juga Liga Perdana & Liga FAM. 

Umum mengetahui serba serbi keadaan di Liga Super tapi adakah mereka benar benar tahu apa yang terjadi dalam Liga Perdana & Liga FAM??? Di manakah sumber informasi mereka berkenaan dua liga bawahan ini? Sudahlah Liga Super hanya mendapat maksimum satu setengah muka surat liputan di dalam akhbar tempatan, inikan pula liga bawahan yang orang tak berapa nak pandang. Jadi, bagaimana orang ramai nak tahu apa yang betul betul terjadi dalam Liga Malaysia ni? Lack of exposure, tambahan pula perangai rakyat Malaysia yang ratanya malas mencari & membaca melainkan ianya adalah bahan SENSASI.


 Kredit video kepada : RTM & safonelmessi

Berbalik kepada persoalan utama, bagaimana kami tahu yang 5 gol bakal dijaringkan? "KEBETULAN". Sebenarnya banner tersebut sudah lama kami buat & pasang, cuma tidak ramai yang perasan maklumlah Liga Perdana ni siapa sahaja lah yang melihat. Tetapi entah kenapa hari ini tepat pula bilangan gol yang dijaringkan mengikut banner yang kami bentangkan. 

Wisel tamat & banner tersebut menjadi bahan SENSASI. Ya, siapa tak suka bahan sensasi, maka habis bertebaran cerita berkenaan kontroversi dalam perlawanan sebentar tadi. Dari awal saingan liga lagi kami sudah dapat rasakan ada sesuatu yang membelenggu pasukan kami. Kemenangan dalam KL Cup sebelum pembukaan musim, sekadar sebuah propa bagi membuaikan hati Anak Kota. Antara kontroversi yang perlu diketahui umum termasuklah 

  1. Kehadiran penaja (Rising Sun) dalam masa yang singkat, kononnya menjadi penyelamat (finance) buat pasukan KL daripada terus dibubar.
  2. 2 pemain import; Vladislav Palsa (Valdo) dan Juraj Kuhajdik (Juraj) yg diterbangkan bersama Coach Stanislav Leskovsky (Stano) dari Slovakia tidak berjaya didaftarkan, walhal 2 pemain import tersebut sudah 2 bulan awal berlatih bersama pasukan KL.
  3. Kuala Lumpur juga merupakan antara pasukan yang terlibat dalam pasukan yang tidak menetapi piawaian stadium untuk bermain pada waktu malam. Sebenarnya sebelum saingan musim ini, sudah setahun lebih Stadium Cheras tidak digunakan oleh pasukan KL dan digambarkan bahawa stadium itu dalam penambahbaikan yang telah menyebabkan kami terpaksa mengharungi saingan musim Liga Super 2011/2012 di rumah orang, Stadium Hang Jebat, Melaka. Sangkaan kami untuk mendapat stadium yang menepati piawan nyata SILAP, setahun lebih diberikan tetapi tiada perubahan.
Ada banyak lagi boleh disebut tapi kami simpankan sedikit untuk menjadi bahan SENSASI akan datang. Kalau hendak tahu lebih lanjut, jangan hanya ambil tahu tentang satu divisyen liga sahaja. Ini Liga Malaysia, kita ada 3 divisyen liga, ambil tahulah semuanya. Kalau kita mampu sembang kencang berkenaan liga dari luar yang jauh beribu batunya, kenapa tidak liga kita sendiri?

Berikut merupakan keputusan perlawanan dari awal musim sehinggalah perlawanan sebentar tadi. 50 bolos dalam 19 perlawanan, nisbah sekurang kurangnya 2 bolos dalam satu perlawanan. Kedudukan semasa KL berada di tangga 11 Liga Perdana (relegation zone) dgn 14 mata yg dikutip sepanjang saingan. Ada 4 perlawanan sahaja lagi tinggal; 3 straight away games (Sabah, Betaria & Sarawak) & game terakhir di tempat sendiri menentang Kedah.


Bagi sesiapa yang berkenaan siasatlah apa yang perlu disiasatkan, tak guna hantar pegawai keselamatan ramai ramai "jaga" kami tapi hakikatnya jenayah paling besar masih berleluasa dalam bolasepak kita ni. Bagi yang mengambil, menerima, dan bersubahat sedarilah bukan kami je yang melaknat kamu, Allah juga turut melaknat kamu. Sedap buat & makan benda haram, jangan tepuk dahi, geleng kepala & tanya kenapa perangai keturunan kau pun nanti macam haram.

Sekian. Rombak KLFA. Kick Bookie Out Of Football. Presiden FAM Sila Letak Jawatan. -AH-

p/s: Nak tahu lagi tentang 'kontroversi' tadi? Cari akhbar Utusan Malaysia hari ini (Sabtu, 18/5/2013). Tunggu sisipan daripada BERNAMA, AWANI & ARENA.