THE CITYBOYS

ETIKA KUALA LUMPUR ULTRAS


1 ) PAKAIAN.

Berpakaian yang beridentitikan pasukan KUALA LUMPUR.
K.L.U menggunakan baju berwarna "ROYAL BLUE" ketika berada di curva.
*diharamkan sama sekali anda memakai jersi pasukan/kelab dari luar negara.

2 ) MAFLA.

Mafla adalah aset paling penting ketika anda hendak hadir ke stadium atau semasa berada dicurva. Mafla juga digunakan sebagai "TIFO/CHOREO".

3 ) KASUT.

Diwajibkan pakai kasut.

4 ) BERDIRI.

Ciri seorang Ultras adalah berdiri selama 90minit sepanjang perlawanan berlangsung dan memberikan sokongan. Perkara ini adalah cara Ultras diseluruh dunia.

5 ) CHANTS.

Ini adalah cara untuk anda memberikan sokongan selama 90minit semasa perlawanan berlangsung tanpa mengira apa jua keputusan. Setiap chants mestilah mengikut CAPO/Ketua yang berada didepan.

6 ) TIFO/CHOREO

Setiap pergerakkan utk "tifo/choreo" mestilah mengikut arahan dari CAPO untuk menampakkan kekemasan.

7 ) CURVA

Dibelakang sisi pintu gol. Ianya menjadi lokasi Ultras ketika berada didalam stadium.

8 ) EMOSI

Ini adalah sangat penting ketika berada dicurva. Hendaklah mengawal emosi anda dalam apa juga keputusan. Dilarang sama sekali anda membaling sebarang objek kedalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung. Jika perkara itu dapat dikesan kami tidak teragak-agak untuk membawa anda untuk diserahkan pada pihak berkuasa. Jadilah penyokong yang profesional.

9 ) KEDUDUKAN ANDA.

Ketika anda berada dicurva anda mestilah berdiri ditempat duduk berhadapan dengan CAPO. Anda dilarang berdiri dihadapan sebaris dengan tempat CAPO.

10 ) FLARE/SMOKE BOMB.

Sebarang penyalaan flare/smoke bomb mestilah mendapatkan arahan dari CAPO. Ketika anda menyalakan flare/smoke bomb pastikan jarak anda jauh sedikit dari rakan anda kerana percikan dari flare boleh mengakibatkan melecur atau baju berlubang. Sekiranya anda menyalakan flare/smoke bomb tanpa mendapatkan arahan dari CAPO dan ketika itu anda ditangkap oleh pihak berkuasa, kami tidak akan bertanggungjawab sama sekali.

11 ) BENDERA

K.L.U menggunakan bendera Kuala Lumpur sebagai bendera rasmi bukan bendera Wilayah Persekutuan. Ini kerana kami mahukan mengembalikan zaman kegemilangan KUALA LUMPUR seperti dulu yang gah di Malaysia.

12) JIWA

Mempunyai jiwa yang sentiasa menyanjung pasukan KUALA LUMPUR. Pastikan perjuangan anda dalam ini adalah ikhlas dari hati tanpa mengharapkan apa-apa balasan. PASTIKAN JIWA ANDA JUGA TIDAK MUDAH DIBAYAR DENGAN WANG RINGGIT.

"GO TO THE STADIUM, FEEL THE PASSION"

2 comments:

  1. Nak tanya . City boys ni still ad lagi ke ? Tgok ultras lain syok je . KL bila lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade je bro.. bleh check update pergerakkan dorg nie kat fb dorg. The Cityboys

      Delete