Monday 19 March 2012

Barang panas dari Poland

Hoodie adalah salah satu aset utama yang di pakai oleh Ultras seluruh dunia.

Kuala Lumpur Ultras telah mengorak satu langkah untuk membekalkan barang Ultras iaitu Ninja Hoodie.


Segala maklumat harga telah di letakkan di bahagian Merchandise

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan rakan kami https://www.facebook.com/karim.shaf



ANAK KUALA LUMPUR JIWA KUALA LUMPUR

17/03/2012- Selangor VS Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perjalanan yang agak dekat untuk kedua-dua penyokong. Tetapi agak sedih bila sambutan para penyokong kuaci kurang memberangsangkan. Perlawanan ke 70 "Klang Valley Derby" sepatutnya di sambut meriah oleh kedua-dua pasukan. Memang agak kecewa ramai yang bersuara di laman sosial sahaja, tetapi bila tiba ke stadium. Hampa.

Memang keputusan di atas kertas telah di tulis Selangor akan menang. Itu memang kenyataan. Tapi bagi Kuala Lumpur Ultras kami tetap akan terus menyokong. Perlawanan nampak menarik pada 45 minit pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi apa kan daya dengan pengalaman yang kurang, menyebabkan Kuala Lumpur dibolosi dan terus dibolosi. Itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain malah pemain terus memberi asakan ke kubu pertahanan Selangor. Begitu juga dengan kami, terus  "chant" tanpa henti.



Memang nasib tidak menyebelahi pasukan Kuala Lumpur pada malam itu, walau macam mana pun kami tetap akan sokong Kuala Lumpur sampai mati. Terima Kasih juga pada komrads baru yang hadir, pada mula nya memang malu untuk berhadapan dengan tak tau apa yang di laungkan., semangat anda semua membuatkan Kuala Lumpur Ultras tetap teguh.

Mari bersama kami, pada yang masih malu-malu, tolak tepi..Anda ada JIWA untuk Kuala Lumpur. Anda tidak perlu malu untuk menyokong Kuala Lumpur, patut berbangga. Anda patut malu jika sokong pasukan luar, sedangkan pasukan anda perlukan suara dan jiwa anda.


#sarungjersikita

|KO|

Wednesday 14 March 2012

AYUH KE STADIUM !

 Perlawanan antara Selangor dan Kuala Lumpur semakin hampir, tetapi apa yang admin dapat kongsikan di sini bukan la perlawanan yang utama, tetapi pihak pengurusan FAM sendiri tidak memberi kata putus stadium mana yang hendak digunakan. Menurut KOSMO perlawanan musuh Klang Valley ini akan bertembung di MBPJ ada sesetengah sumber mengatakan bertembung di stadium kebanggaan negara iatu BUKIT JALIL.
Tapi itu bukan masalah bagi kami Kuala Lumpur Ultras, yang menjadi isu besar nya sekarang adakah fans-fans Kuala Lumpur yang dulu nya merungut Kuala Lumpur bermain jauh (Stadium Hang Jebat) akan turun untuk beri sokongan. Sanggup kah warga kota yang bangga dengan bangunan yang mencakar langit turun untuk membuang duit untuk mencaci maki pemain Kuala Lumpur bila kalah dan bersorak ketika menang di stadium yang berdekatan dengan kawasan mereka.



Sememangnya agak sedih apabila mengetahui Piala FA telah terlepas dari tangan Kuala Lumpur FA. Perlawanan antara Kelantan dan Kuala Lumpur rasa nya banyak memberi impak pada penyokong warga kota. Soalan yang diajukan dalam diri sendiri. Boleh kah Kuala Lumpur membenamkan Selangor yang gah dengan pasukan yang kuat dan penyokong yang ramai.??

Kami tidak minta penyokong Kuala Lumpur duduk di curva bersama kami, sebab kami tahu ada yang malu untuk terlompat-lompat dan apa yang di bisingkan kat sudut tepi stadium tu bersama kami . Kami cuma minta penyokong Kuala Lumpur datang ke stadium untuk memberi sokongan dan memegang bendera Kuala Lumpur untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Warga Kota. Ini la wakil kita untuk bola sepak, salahkah kita memberi sokongan kepada pemain kita. Ini la wakil seramai berjuta rakyat yang berada di Kuala Lumpur., apa salah nya membeli tiket untuk menonton nya. Ini la pasukan yang akan memberi nama baik jika menang. Ini lah pasukan yang akan di caci jika mereka kalah. Apa salah nya kita membuang sedikit masa untuk melihat pasukan yang menjadi wakil kita.


Biar Kalah atau Menang kami tetap menyokong Kuala Lumpur .


#sarungjersikita
|KO|



Wednesday 7 March 2012

JATUH, JATUH DAN TERUS MELANGUT



YES!!!! kini ranking Malaysia di tangga 152. Kami sebagai rakyat Malaysia begitu berbangga dan terharu menadah tangan sehingga bersujud tanda kesyukuran dengan kepimpinan tertinggi FAM yang berjaya meletakkan Malaysia di ranking yang amat terbaik sekarang.

ABAH DIA!!! hey kang ini makan nyer kang...mari kita renung sejenak dari bulan Januari sehingga hari ini berapa puluh team negara berstatus A yang HARIMAU MALAYA kita dah hadap??? nak kata Malaysia ni tak terkenal memang menipulah...dalam "AFC Executive Committee" sendiri bukan calang-calang kedudukan anak Malaysia ni Vice-President gamaknya takkan sedikit kelebihannya tak boleh mempengaruhi team-team berstatus A (bukan berstatus kelab) diluar sana untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan Malaysia?

ADUH DER!!!! lahirlah 100 org pemain seperti Safee Sali dan Nazmi Faiz mahupun 50 lagi penjaga gawang seperti Apex atau pun 2 org seperti Datuk K. Rajagopal sekalipun semua tu tak bermakna jika pegawai2 atasan FAM sendiri tak pro menjalankan tugasnya. Jangan hanya pandai mengipas hanya untuk memenuhkan kantung sendiri. Lu buat kerja bagus suma org senyum, kalau tak sampai ke mati lu akan di BANGSATkan.

Kita sebagai penyokong Harimau Malaya redha jer lah dengan ketentuan FAM. Aku nak pinjam pepatah UN9 "Kito hanyo merancang tetapi FAM yang menentukan"