Monday 19 March 2012

ANAK KUALA LUMPUR JIWA KUALA LUMPUR

17/03/2012- Selangor VS Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perjalanan yang agak dekat untuk kedua-dua penyokong. Tetapi agak sedih bila sambutan para penyokong kuaci kurang memberangsangkan. Perlawanan ke 70 "Klang Valley Derby" sepatutnya di sambut meriah oleh kedua-dua pasukan. Memang agak kecewa ramai yang bersuara di laman sosial sahaja, tetapi bila tiba ke stadium. Hampa.

Memang keputusan di atas kertas telah di tulis Selangor akan menang. Itu memang kenyataan. Tapi bagi Kuala Lumpur Ultras kami tetap akan terus menyokong. Perlawanan nampak menarik pada 45 minit pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Tetapi apa kan daya dengan pengalaman yang kurang, menyebabkan Kuala Lumpur dibolosi dan terus dibolosi. Itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain malah pemain terus memberi asakan ke kubu pertahanan Selangor. Begitu juga dengan kami, terus  "chant" tanpa henti.



Memang nasib tidak menyebelahi pasukan Kuala Lumpur pada malam itu, walau macam mana pun kami tetap akan sokong Kuala Lumpur sampai mati. Terima Kasih juga pada komrads baru yang hadir, pada mula nya memang malu untuk berhadapan dengan tak tau apa yang di laungkan., semangat anda semua membuatkan Kuala Lumpur Ultras tetap teguh.

Mari bersama kami, pada yang masih malu-malu, tolak tepi..Anda ada JIWA untuk Kuala Lumpur. Anda tidak perlu malu untuk menyokong Kuala Lumpur, patut berbangga. Anda patut malu jika sokong pasukan luar, sedangkan pasukan anda perlukan suara dan jiwa anda.


#sarungjersikita

|KO|

No comments:

Post a Comment