- FAM bangsat! Kami datang FAM bangsat! Kami turun ke Melawati! Satu jiwa sokong Malaysia, FAM bangsat dibunuh saja.
- Presiden FAM sila letak jawatan. Presiden FAM sila letak jawatan. Letakkan! Jawatan! Dan Rombak FAM!
- Letakkan Saja Jawatanmu. Letakkan Saja Jawatanmu. Kami semua sudah berbulu. Apa lagi yg engkau tunggu?
"They shouldnt do the ''FAM Bangsat'' taunting because its totally disgrace for Malaysian football" - anonymous A
"I don't support the way Ultras Malaya convey the message, but FAM Bangsat is a truly rocking song!" - anonymous B
"The FAM Bangsat chanting are very entertaining. Wonder what wrong did FAM do to deserve such abuse." - anonymous C
AND THIS IS WHY...
- Liga Malaysia Liga Gred D
- Selama 28 tahun, dari liga amatur kita ke liga semi-pro pada tahun 1989 kemudian ke liga profesional pada tahun 1993, namun hasilnya liga kita hanya dalam kategori gred D. Manakala Liga-J (Jepun) yang datang berguru dengan kita telah menjadi Liga GRED A hari ini.
- Kesannya, pasukan dari
Liga-M tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia
(ACL) mahupun untuk perlawanan playoffs.
- Ranking
- Badan induk yg mentadbir bolasepak negara menyatakan melalui Setiuasaha Agungnya bahawa ranking itu TIDAK PENTING, jadi apa yang penting?
- FIFA Calendar dikeluarkan 4 tahun sekali di mana segala tarikh kejohanan, persahabatan, acara undian, mesyuarat dan sebagainya ditetapkan tarikhnya 4 tahun lebih awal dan dimaklumkan kepada semua negara-negara yg berdaftar di bawah FIFA.
- Semua negara sudah boleh menyusun jadual untuk liga tempatan dan perlawanan antarabangsa bagi skuad kebangsaan 4 tahun lebih awal dari tarikh sebenar supaya tidak bertembung. Jadi timbul persoalan, mengapa FAM tidak boleh mendapatkan perlawanan kelas A untuk Harimau Malaya sedangkan jadual telah pun dikeluarkan 4 tahun lebih awal?
- Alasan FAM selama ini bahawa tiada pasukan yang ingin berlawan dgn Malaysia betul dan mereka tidak menipu, tetapi KENAPA? Walaupun surat rasmi telah dihantar oleh FAM adalah kerana negara lain telah memenuhi jadual persahabatan mereka 4 tahun lebih awal. manakala FAM hanya menghantar surat jemputan 3-4 bulan sebelum tarikh perlawanan, jadi mana mungkin mereka menerima kerana mereka sudah mempunyai perlawanan dgn pasukan lain. Jadi FAM memang tidak berbohong tapi FAM tidak buat kerja dengan efisyen.
- Pengurusan yang tidak efisyen
- Fakta daru www.fifa.com/associations telah menunjukkan bahawa hanya di Malaysia terdapat lebih ramai pegawai berdaftar (11,810 orang) dari pemain berdaftar (9,930 orang)
- Apa rasional dan perlunya ramai pegawai dari pemain? Sedangkan negara paling corot ditangga 205 pun tidak memerlukan pegaway yg ramai dari pemain untuk memastikan mereka duduk dan kekal ditangga tercorot.
- Japanese Football Association hanya memerlukan 45 STAF SAHAJA untuk menjalan dan mentadbir bolasepak di Jepun. Jepun hanya liga gred A, mereka layak ke Piala Dunia dan menduduki tangga ke 30 dunia, pasukan wanita mereka menjulang Piala Dunia.
- Di Kelana Jaya, FAM punya 78 staf untuk mentadbir dan menjalankan bolasepak di Malaysia. Liga gred D pun dah huru-hara nak anjur, tak pernah layak ke Piala Asia aptah lagi Piala Dunia dan duduk di tangga ke 156, pasukan wanita pula... ADA KE PASUKAN WANITA?
- 28 tahun dalam kegelapan
- Jika nak bercerita tntg bola Malaysia, FAM, FA Negeri, Pengurusan, Jurulatih, Taktikal, Pemain, Penyokong... rasanya satu buku 5000 helai mukasurat pun x mencukupi. Cukuplah sekadar mukadimah dulu sebab mengapa PRESIDEN FAM PERLU LETAK JAWATAN.
- Selama 28 tahun dibawah pemerintahan presiden yg ada sekarang seramai 17 jurulatih telah ditukar ganti atas alasan gagal membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan, Setiausaha Agung FAM telah bertukar 4 kali, timbalan dan naib presiden juga sudah bertukar ganti, begitu juga rumput di padang, cat di bangunan Wisma FAM, staf-staf di Wisma FAM semua sudah ditukar ganti namun prestasi bolasepak Malaysia masih ditahap yg sama malah merudum dan tiada kemajuan. Jadi apa lagi yg perlu ditukar? Jika dikaji HANYA satu saja yg belum ditukar sejak 28 tahun yg lalu iaitu PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia.
*post ini dicopy paste serta disunting sedikit daripada artikel yg asal.
*untuk maklumat lebih lanjut, taip dan like 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan" di Facebook anda.
Sekian. #SampaiMatiKualaLumpur. #PresidenFAMSilaLetakJawatan. -AH-