Wednesday, 25 April 2012

Jangan Ambil Padang Kami

 
credit to:PADANG KAMI

Ini bukanlah review tentang cerita yg sedang hangat ditonton di Astro 104 tapi ini adalah cerita tentang kekecewaan kami berkenaan pembangunan bola sepak Malaysia yg kian TENAT.

Terengganu - Prestasi kian hambar
Kelantan - Isu TSAM dan Pembuangan 5 mata
Melaka - pelancongan digiatkan, bola sepak diabaikan

Hebatnya bola sepak Malaysia ini adalah kerana kalau kita lihat di dada2 akhbar, kita adalah SATU! Apa yang satunya? SATU MUKA SURAT SAHAJA COVERAGE UNTUK SCENE BOLA SEPAK DI NEGARA KITA. tidak seperti liga negara2 lain mereka mempunyai 4 hingga 5 mukasurat untuk journalist menulis tentang apa yg berlaku di EPL, Seria A, mahupun Bundesliga. Hebat bukan bola sepak Malaysia? Journalist perlukan 5 muka surat untuk menceritakan tntg apa yg berlaku di Liga luar negara tetapi hanya perlukan SATU sahaja muka surat untuk menuliskan keputusan penuh dan review PENDEK tentang perlawanan. (kerana mereka yakin pembaca akhbar semuanya tahu apa yang berlaku)

Ramai juga yang tahu bahawa betapa kecut lutut ultras manchester united yg sedang terumbang ambing mempertahankan kehebatan mereka yang diancam oleh ultras ABU (All but United) sebagaimana kepimpinan FAM sedang mempertahankan kerusi masing2 di Kelana Jaya. Sehinggakan anak kecil pun tahu bahawa 5 itu lebih besar nilainya berbanding 19. Tetapi adakah anak kecil itu tahu apa yang sebenarnya terjadi dgn scene bola sepak tempatannya? Jika tidak si anak bagaimana pula dgn si bapak? adakah mereka tahu tentang apa yg benar2 berlaku dalam industri bola sepak Malaysia? bila ditanyakan tentang bola sepak negara ramai yg boleh memberi komen itu ini tetapi bila diajukan soalan berkenaan dgn bola sepak negeri, SATU peratus rakyat malaysia atau kurg drpd itu sahaja yg boleh jawab.Hebat bukan bola sepak Malaysia? Aish no SATU lagi.

Bagi pasukan kesayangan kami pula, Skuad Warga Kota menghadapi tekanan demi tekanan. Belum sempat habis lagi isu pembayaran gaji pemain, datang pula isu Stadium Cheras yg tidak sudah2 under construction oleh DBKL yg menyebabkan Pasukan Bola Sepak Kuala Lumpur terpaksa menumpang kaki di negeri orang, menjadikan Stadium Hang Jebat, Melaka sebagai HOME VENUE mereka.

Sedih bukan? punya pesat pembangunan kota metropolitan Kuala Lumpur, punya ajaib kemajuan serta kepesatan teknologi Kuala Lumpur tetapi hakikiatnya Stadium Cheras? Tetap begitu sahaja. Pernah dinobatkan sebagai antara Stadium Terbaik didunia pada era 80an dan 90an. Pernah juga menjadi tempat Ultras Nippon bertandang menunjukkan semangat kamikaze mereka semasa perlawanan antara Jepun dan KL. Sekarang? Realitinya semuanya jadi kenangan yg berkubur bersama kemenangan 3 tahun berturut2 Kuala Lumpur dalam Piala Malaysia (87, 88, 89).

Baru2 ini kami dikejutkan pula dgn khabar berita yg mengatakan bahawa DBKL sanggup menggadaikan Stadium Cheras untuk dijadikan tempat berhimpun. Bukan kali ini sahaja tetapi telah banyak kali jugak Stadium Cheras telah dijadikan perjudian untuk kepentingan pihak2 tertentu. Padang rumput nan menghijau dirobek berkali2, dipijak dan terus dipijak oleh masyarakat yg tidak tahu akan agenda yg telah terjadi dalam perjudian pihak2 tersebut. Kalau diikutkan berapa kali sgtlah padang Stadium Cheras itu diselenggarakan dalam setahun. Akibatnya, disebabkan sikap acuh tak acuh dalam kepimpinan maka diwar2kan bahawa Stadium Cheras bakal digantikan dengan padang sintetik (artificial field) dimana padang tersebut juga digunakan oleh Singapura (Stadium Besar) yg dihentam teruk oleh lagenda Brazil, Zico. Alasan mereka mudah, kos penyelenggaraan murah. Sungguh memalukan bila bertapak di suatu tempat pembangunan negara yg pesat tetapi tidak mampu membayar kos penyelenggaraan padang yg hanya 120meter x 100 meter itu. Lagi sekali Kuala Lumpur yg tampak gah dipersada pembangunan kota raya, sebenarnya sedang dimalukan dalam arena bola sepak.

Kekecewaan demi kekecewaan dialami oleh skuad warga kota, bukan sekadar kecewa dengan prestasi pasukan malah kecewa dengan sifat pihak2 tertentu yg menganak tirikan Kuala Lumpur FA untuk kepentingan masing2 yg menyebabkan tamparan hebat terhadap pasukan yg melahirkan beberapa bintang seperti Azman Adnan, Azrul Amri Burhan, Safee Sali (Pelita Jaya), Azidan Sarudin (Selangor) dan Ahmad Hazwan Bakri (Harimau Muda)

Adakah itu semua ketahuan oleh rakyat tempatan? Adakah itu semua diambil tahu oleh menteri2? TIDAK.

Mungkinkah KLFA perlukan permohonan rombakan seperti mana UM memohon FAM dirombak? Fikir rasional bukan emosional.

Sekian. Sampai Mati Kuala Lumpur. Presiden FAM Sila Letak Jawatan. -AH-

1 comment:

  1. bandar-bandar besar dkt dunia:
    New YOrk- new york yankes (baseball)
    Tokyo- tokyo FC
    Jakarta- persija
    London- chelsea, spurs, west ham, arsenal
    Los Angeles- LA galaxy
    Seoul- FC Seoul
    Madrid- real madrid
    byk lagi la...
    tp KL????-sukan roulette, slot game, mesin kude, yg tu byk la DBKL jage

    ReplyDelete