Tuesday, 11 September 2012

Soalan Untuk FAM

Menjadi lumrah pasukan ada kalah ada menang nya. ( ayat untuk sedapkan hati sendiri) . Kekalahan pada Vietnam bukanlah sesuatu subjek dalam penulisan kali ini. Tetapi lebih fokus untuk bertanyakan beberapa soalan kepada FAM. Semalam 11/9/2012 merupakan hari yang dinantikan oleh segelintir penyokong dan rakyat Malaysia yang dahagakan perlawanan live di tempat sendiri. 

Setelah beberapa episod rampasan banner berlaku tidak kira banner itu provoke atau tidak, semalam terjadi lagi satu episod yang dirasakan tidak patut berlaku. Mungkin ada yang tidak perasan ada banner yang dinaikkan untuk memperingati puak Rohingya di Myanmar. Sesiapa masih kebuntuan memikirkan apa yang berlaku di sana. Sila ke link http://saverohingya.blogspot.com/ . Baca dan fahami sendiri penderitaan mereka.

Soalan pertama ditujukan untuk FAM :

Kenapa banner itu dirampas? Sedangkan ianya tiada provokasi mana-mana politik samaada haluan kiri mahupun haluan kanan. 

Kenapa banner itu dirampas? Sedangkan banner itu hanya menulis "Save Rohingya". Tiada kena mengena dengan FAM.
Credit to shazlishamsuddin and Warriors

Kenapa banner itu dirampas? Sedangkan tiada unsur-unsur lucah yang dipamerkan.

Kenapa banner itu dirampas? Sedangkan umat Islam puak rohingya ditindas. Kami sebagai saudara seislam tidak mampu untuk menghulurkan sumbangan ketenteraan, hanya banner yang menjadi suara kami. Tetapi kenapa banner kami dirampas.

Kenapa banner itu dirampas? Sedangkan kami tidak membuat apa-apa pada "kerusi" Mr Presiden pada perlawanan itu. Yang menjadi keadaan makin sedih apabila yang mengunting banner itu adalah umat Islam sendiri.

Kami mahukan penjelasan beberapa perkara tentang ini. Sekian


:KO
 

No comments:

Post a Comment