Monday, 26 November 2012

Apabila Provokasi Disalaherti

Kecoh satu Malaysia tentang kegagalan skuad negara kerana kalah dengan Singapura pada 25 November lalu. Semua rakyat Malaysia merasa bersedih. Sedih dengan skuad kebangsaan, rakyat Malaysia cuma mahukan kemenangan. Ya ! Kemenangan dan cuba pertahankan piala AFF. Dalam kekalutan RajaGobal mencari idea pada siapa disalahkan, ramai jugak 'Keyboard Warrior' yang memberi ulasan seumpama jurulatih pasukan yang tinggi martabat nya. Sedangkan pada hakikatnya hanya mahu tahu result menang dan gembira terpampang di segenap sudut akhbar. Lama juga aku tak sebut perkataan "Glory Hunter" ni. Rasanya cukup untuk mukadimah.

Selepas pasukan Malaysia kalah, media masa dan media elektronik tidak tahu hendak menunding jari pada siapa dan kurang idea. Media hanya nampak di satu sudut kecil yang gah dengan lautan budak-budak muda kebanyakannya yang kurang adap sopan. Mereka sangat kurang beradab. Mereka sangat kurang beradab. Mereka sangat kurang beradab. "Okey ! kitew boleh salahkan downg!" sebab mereka cakap pasukan lawan "ANJING". Sebaik diorg cakap pasukan lawan "ANJING" terus gol sebiji. Mereka sangat kurang beradab.

Mereka sangat kurang beradab. Mereka sangat kurang beradab.

Tetapi apa kena mengena dengan gol pasukan lawan? Perlu ke kita belai pasukan lawan dengan pujian dan memberi kata-kata semangat pasukan lawan? Habis tu, team kita macam mana? Kita duduk diam jer? Semangat kita diam tu akan sampai pada pasukan? Mereka salahkan pulak nanti.? Kenapa duduk diam? Aku masih respek dan salute lagi pada mereka yang turun stadium, walaupun tidak berada dalam curva. Aku masih respek lagi jika mereka menghamburkan kata-kata kesat pada pasukan lawan. Walaupun pasukan lawan tidak dengar apa yang mereka carutkan. Berbanding dengan anak muda yang berbaju hitam yang berada di penjuru stadium. Tetapi kenapa mereka berada dipenjuru stadium? Kenapa tak duduk tengah-tengah? Apa yang best nya.? Mereka tidak mahu mengganggu pada para penonton lain yang mahu ke menonton perlawanan. Mereka masih ada toleransi dan SOPAN SANTUN.


Sopan santun apanya. Mereka cakap pasukan lawan 'ANJING'. betul tak? Mereka bawa budaya luar masuk Malaysia. Budaya luar yang ganas yang caci maki orang. Apa beza nya setiap ahli politik yang ada di Malaysia sibuk kata "Parti A kutuk Parti B, Parti B kutuk Parti C" sama jer. Cuma cara kami berbeza. Kalau nak tengokkan pada budaya. Jom kite tengok artis pulak lar. Yang pakai mini skirt, short pants, gambar bercium la apa la. Itu lagi la tidak melambangkan budaya. Tak per, mereka boleh dimaafkan kerana mereka artis. Kalau ada keluar dekat media elektronik pun sekejap jer.pastu isu itu dianggap basi. Kalau budak-budak jahat yang duduk berbaju hitam tuh buat tak beradab, dikeji dihina. Bak kata kawan aku la "Kami lebih suka duduk atau berdiri di tempat/sudut yang hina dipandang. Umpama orang duduk rumah banglo dan kami duduk dirumah setinggan, makan berak suma kat situ, tak per. kami lagi suka macam tu. janji kami tak kacau orang, dan orang tak kacau kami." 


Isunya sekarang setiap game friendly aku rasa ada je perkataan "ANJING", tetapi kenapa dibangkitkan semasa pasukan kita kalah pada game menentang Singapura. Sengaja cari publisiti ker? atau selama nie mereka tidak pernah turun game friendly Malaysia? Aku pun tak suka nak mengungkit perkara macam tu. Lantak korang la. Sendiri fikir sudah. Apa-apa pun aku berharap korang semua dapat turun game Malaysia menentang Laos nie. Walau menang walau kalah aku tetap akan sokong Malaysia. Mungkin cara aku dan budak-budak jahat ni berbeza. Tapi itu Hak kami. Kami punya suka la nak sokong cara macam mana. Kami bukannya sokong dengan cara "LIKE" dekat page FB., pastu bawak kuar status "YEAH ! AKU DAH LIKE, KOMPOM MALAYSIA MENANG MALAM NI". Itu bukan cara kami. 


Musuh kami adalah pasukan yang menentang pasukan KITA dalam padang, Selama mana para pemain berlari dan menendang bola, selama itu la musuh kami pada pasukan lawan. Kami tidak akan bertumbuk dengan pemain pasukan lawan selepas kalah dengan pasukan kita. Ada juga media masa mengatakan kami menahan bas para pemain. 'JARI TENGAH untuk kalian' (Opss terlupa adab sopan). Aku berada disitu masa tu. Aku nampak macam mana bas tu berjalan depan aku. Aku tak nampak pun bas tu rosak dan cacat cela. Budak-budak jahat bertopengkan mafla tu cari RAJAGOBAL, bukan nya cari pemain. Elok jer aku tgk bas tu keluar.  


Apa sekali pun kami tetap turun stadium dan meng "ANJING" kan PASUKAN LAWAN (bukan penonton, hope jangan terasa). Kite Jumpa di Stadium ! Jangan Main Airhon nanti pakcik sebelah pekak pulak. Jangan Maki orang, nanti orang kata anda tidak beradab. Duduk diam jer k. Biar budak-budak jahat yang ada kat celah stadium tuh yang dilabelkan JAHAT dan KURANG AJAR. 

No comments:

Post a Comment