Kau kuat sebab ramai? Atau kau kuat sebab jiwa kau kental?
Kental ke jiwa kau tu? Sejauh mana kau pernah uji kekentalan jiwa kau tu?
Apa guna kau berada di kelompok yang ramai tapi hakikatnya kelompok itu lemah. Mana datangnya kuat jika bukan dari jiwa yang kental. Ujilah jiwa kau tu.
Kau hanya rasa hebat bila berada di kelompok yang ramai, pernah tak kau rasa hebat bila keseorangan?
Ini adalah antara contoh perasaan hebat bila KESEORANGAN :-
Picture credit to : The Telegraph
Dalam kesibukan kita dengan kehangatan AFF 2012, mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa telah terjadi satu sejarah dalam arena 'sokongan bola sepak' di mana seorang peminat setia Udinese (Italian Serie A) bertandang ke tempat lawan (Sampdoria) di Genoa secara BERSEORANGAN.
Arrigo Brovedani tergamam dengan kehadiran dirinya SEORANG saja sbg penyokong Udinese. Walaupun telah diberi layanan (jaminan keselamatan) untuk berada di 'grand stand', dia tidak gentar untuk berdiri di 'away stand' bagi menyokong kelab kesayangannya itu.
Menceritakan semula tentang keadaan atmosphere di Stadio Luigi Ferraris itu, dia mengatakan bahawa dia telah di'boo' dan dicerca sebaik sahaja kelibatnya bersama bendera dan mafla Udinese dilihat oleh penyokong pasukan tuan rumah (Sampdoria). Apa2 pun yang terjadi dia tidak berganjak langsung daripada tempat dia berdiri, apa yang dia tahu, dia datang untuk menyokong bukan hanya menonton.
Akhirnya, dengan hanya kehadiran seorang penyokong setia, Udinese mampu menundukkan ego Sampdoria serta penyokong2 nya. Udinese menang 2 - 0 hasil jaringan Danilo dan juga pemain berpengalaman Itali Antonio Di Natale yang juga ketua pasukan kelab itu. Tamat saja permainan Arrigo diberi tepukan gemuruh oleh penyokong Sampdoria sebagai tanda hormat dan kagum terhadap semangat tinggi yang dipamerkan oleh dia sebagai seorang peminat bola sepak. Tidak henti di situ saja, Pengarah Bola Sepak Sampdoria telah berjumpa dengan dia dan juga memberikan jersi Sampdoria sbg tanda kagumnya kepada Arrigo.
Perjalanan BERSEORANGAN sejauh 380km dari rumah, hanya untuk menyokong pasukan kesayangannya. What a fan! #RESPECT!
ANDA pula bagaimana? Masih perlukan yang ramai untuk punya rasa hebat? Ketuk dada tanya jiwa.
Highlights & Goals from the game. Credit to soccerforsoccer
Arrigo Brovedani interview by BBC World News. Credit to mangstarrr
Scene bolasepak Malaysia adalah antara scene bolasepak yang menyedihkan di dunia. Menyokong bolasepak Malaysia bukan hanya sokongan terhadap pasukan Harimau Malaya semata2. Adakah anda antara penyokong pasukan Harimau Kumbang? Bagaimana pula dengan skuad Kenari? apakah anda tahu tentang kehadiran skuad Budak Bandar? Kita pernah ditegur oleh lagenda Chelsea, Gianfranco Zola supaya mementingkan dan menyokong pasukan dari liga kita sendiri berbanding liga2 luar. Kalau bukan dari diri kita sendiri sbg anak wilayah atau negeri masing2, siapa lagi yang mahu menyokong pasukan2 dalam saingan Liga Malaysia ni?
Kalau hendak diceritakan tentang sokongan terhadap pasukan Kuala Lumpur selepas era kejatuhan mmg sangatlah mengecewakan. Yang datang bertandang berikan sokongan adalah keluarga dan juga rakan baik pemain, kalau adapun penyokong hanyalah muka yang sama sahaja. Malaysia dimalukan sendiri oleh penduduknya yang kononnya elit, apabila bandar metropolitan yang mempunyai hampir 2 juta penduduk ini tidak berjaya memenuhkan stadium yang hanya mempunyai 18,000 tempat duduk. Tidak seperti di Sepanyol, di mana Madrid (ibu negara Sepanyol) mempunyai penduduk seramai hampir 4 juta mampu memenuhi kedua2 stadium di mana di Madrid itu sendiri mempunyai dua pasukan yang ternama (Real Madrid & Atletico Madrid). Situasi ini cukup merisaukan dan menjadi tanda tanya, ke mana perginya anak2 Kuala Lumpur (sila klik pada link) yg begitu ghairah menyokong Malaysia tapi hakikatnya bila pasukan wilayah sendiri bertanding entah ke mana perginya keghairahan itu.
Kita tengok bola sepak luar negara jangan hanya lihat pada kelab2 mereka atau pemain2 mereka semata2, lihatlah juga penyokong2 mereka. Dari situ kita belajar, kita belajar bagaimana menanam sikap cintakan pasukan bola sepak yang didokongi. Kalau anda terlalu taksub tentang kelab luar, fikirkanlah sejenak... Sampaikah sokongan anda pada mereka? Kalau betul taksub, pergilah ke stadium mereka tiap kali pasukan kesayangan anda itu ada perlawanan, ujilah jiwa anda.
Sekian. #SampaiMatiKualaLumpur. #PresidenFAMSilaLetakJawatan. -AH-